PASARAN

Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Bercampur-campur

24/11/2025 10:01 PM

KUALA LUMPUR, 24 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup bercampur-campur hari ini, mengambil petunjuk daripada prestasi pasaran tunai.

Pada penutupan dagangan, kontrak November 2025 rendah 1.5 mata kepada 1,617.5 dan kontrak Jun 2026 susut dua mata kepada 1,605.5.

Kontrak Disember 2025 naik 1.5 mata kepada 1,620.0 manakala Mac 2026 menambah dua mata kepada 1,602.0.

Jumlah dagangan meningkat kepada 27,359 lot daripada 5,529 lot Jumaat lepas manakala kepentingan terbuka menokok kepada 68,120 kontrak daripada 45,643 kontrak sebelumnya.

Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 1.21 mata atau 0.07 peratus kepada 1,618.78 daripada 1,617.57 ketika ditutup pada Jumaat.

-- BERNAMA


 

© 2025 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy  
https://bernama.com/bm/news.php?id=2494777