KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives diniagakan kebanyakannya tinggi dalam dagangan awal hari ini.
Pada 9.15 pagi, kontrak semerta November 2025 naik 5.5 mata kepada 1,622.0, Disember 2025 dan Mac 2026 masing-masing meraih 5.0 mata kepada 1,623.0 dan 1,605.0 manakala Jun 2026 kekal pada 1,611.5.
Jumlah dagangan sebanyak 8,040 lot manakala kepentingan terbuka pada 51,896 kontrak.
Indeks penanda aras FBM KLCI naik 3.27 mata kepada 1,615.13 selepas 33 minit dagangan dijalankan berbanding paras 1,611.74 pada akhir dagangan semalam.
-- BERNAMA