PASARAN

Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Tinggi

26/11/2025 07:15 PM

KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini, seiring dengan prestasi pasaran tunai.

Pada penutup dagangan, kontrak November 2025 meningkat 14.0 mata kepada 1,630.5, Disember 2026 menambah 14.5 mata kepada 1,632.5 serta Mac 2026 dan Jun 2026, masing-masing naik 15.0 mata kepada 1,615.5 dan 1,619.0.

Jumlah dagangan naik kepada 92,816 lot daripada 38,960 lot semalam manakala kepentingan terbuka melonjak kepada 138,216 kontrak daripada 85,271 kontrak sebelum ini.

Pada 5 petang, FBM KLCI meningkat 12.76 mata atau 0.79 peratus kepada 1,624.50 daripada 1,611.74 semasa ditutup semalam.

-- BERNAMA


 


 

© 2025 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy  
https://bernama.com/bm/news.php?id=2495673