PASARAN

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah Seiring Kelemahan Pasaran COMEX AS

27/11/2025 08:18 PM

KUALA LUMPUR, 27 Nov (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini, seiring dengan prestasi COMEX Amerika Syarikat (AS) yang lebih lemah.

Kontrak bulan semerta November 2025 susut kepada US$4,155.3 setiap auns troy daripada US$4,165.2 setiap auns troy pada penutup semalam, Disember 2025 jatuh kepada US$4,172.6 setiap auns troy daripada US$4,182.3 setiap auns troy, manakala Januari 2026 menurun kepada US$4,188.5 setiap auns troy daripada US$4,198.9 setiap auns troy.

Kontrak Februari, April dan Jun 2026 semua ditutup rendah sedikit pada US$4,204.8 setiap auns troy berbanding US$4,215.2 setiap auns troy sebelum ini.

Jumlah dagangan meningkat kepada 51 lot daripada 45 lot semalam, manakala kepentingan terbuka bertambah kepada 181 kontrak daripada 149 kontrak sebelum ini.

Harga emas fizikal berada pada US$4,139.6 setiap auns troy, mengikut penetapan oleh London Bullion Market Association pada 26 Nov, 2025.

-- BERNAMA

 

 

© 2025 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy  
https://bernama.com/bm/news.php?id=2496221