KUALA LUMPUR, 3 Dis (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatif ditutup kebanyakannya mendatar pada hari ini.
Sewaktu ditutup, kontrak Disember 2025 susut dua mata kepada 1,629.0 manakala kontrak Januari 2026, Mac 2026 dan Jun 2026 masing-masing tidak berubah pada 1,632.5, 1,615.0 dan 1,619.0.
Jumlah dagangan merosot kepada 6,895 lot daripada 7,064 lot pada Selasa manakala kepentingan terbuka susut kepada 42,424 kontrak daripada 43,109 kontrak, sebelum ini.
Pada jam 5 petang, FBM KLCI susut 7.76 mata atau 0.48 peratus kepada 1,622.84 daripada paras penutup Selasa pada 1,630.60.
-- BERNAMA