PASARAN

Niaga Hadapan KLCI Rendah Dalam Dagangan Awal

08/12/2025 10:24 AM

KUALA LUMPUR, 8 Dis (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) rendah dalam dagangan awal pada Isnin.

Pada 9.46 pagi, kontrak Disember 2025 dan Januari 2026, masing-masing merosot 14.5 mata kepada 1,605.5 dan 1,609.5, Mac 2026 berkurangan 13.5 mata kepada 1,592.5 dan Jun 2026 menurun 18 mata kepada 1,592.0.

Jumlah dagangan sebanyak 4,005 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 40,325 kontrak.

Petunjuk pasaran FBM KLCI berkurangan 12.95 mata selepas 51 minit dagangan kepada 1,603.57 daripada 1,616.52 semasa ditutup pada Jumaat lepas.

-- BERNAMA

© 2025 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy  
https://bernama.com/bm/news.php?id=2499947