KUALA LUMPUR, 8 Dis (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah hari ini, menjejaki prestasi pasaran tunai.
Pada penutup, kontrak Disember 2025 susut 10.5 mata kepada 1,609.5, Januari 2026 turun 11 mata kepada 1,613.0, Mac 2026 merosot 9.5 mata kepada 1,596.5, dan Jun 2026 berkurang 10 mata kepada 1,600.0.
Jumlah dagangan meningkat kepada 11,489 lot daripada 8,010 lot pada Jumaat, manakala kepentingan terbuka menokok kepada 46,953 kontrak berbanding 43,890 kontrak sebelumnya.
Pada 5 petang, FBM KLCI berkurang 3.74 mata atau 0.23 peratus kepada 1,612.78 berbanding 1,616.52 ketika ditutup pada Jumaat.
-- BERNAMA