SUKAN

TPM Ahmad Zahid Luang Masa Beri Sokongan Buat Skuad Karate

11/12/2025 05:50 PM

Daripada Muhammad Afiff Md Adnan

BANGKOK, 11 Dis (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meluangkan masa menyaksikan perlawanan penentuan pingat emas acara karate kata lelaki berpasukan Sukan SEA Thailand 2025 di Kompleks Kerajaan Chaeng Watthana di sini hari ini.

Kehadiran beliau merupakan sebahagian daripada lawatan kerja tiga hari ke Bangkok bermula Rabu hingga Jumaat.

Terdahulu, Ahmad Zahid sempat berjumpa dan memberikan kata-kata semangat kepada barisan atlet negara, yang kemudiannya meraih pingat perak selepas tewas kepada tuan rumah, Thailand, melalui keputusan juri.

Sementara itu, skuad wanita negara membawa pulang pingat gangsa dalam acara sama selepas tewas kepada Vietnam di pusingan separuh akhir.

Ahmad Zahid turut menyampaikan pingat kepada para pemenang.

-- BERNAMA

 

 

 

© 2025 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy  
https://bernama.com/bm/news.php?id=2501447