EKONOMI

AEON Credit Terbit Sukuk Kanan Ke-11 Bernilai RM200 Juta

16/12/2025 07:59 PM

KUALA LUMPUR, 16 Dis (Bernama) -- AEON Credit Service (M) Bhd telah menerbitkan Sukuk Kanan ke-11 bertempoh lima tahun hari ini dengan jumlah nominal RM200 juta.

Penerbitan Sukuk Kanan ini adalah sejajar dengan Program Sukuk Wakalah RM5 bilion yang dikeluarkan sebelumnya.

AEON Credit melalui satu makluman kepada Bursa Malaysia hari ini berkata hasil daripada terbitan Sukuk Kanan itu akan digunakan untuk membiayai pengeluaran pelanggan dalam urusan biasa perniagaan yang menyediakan pengguna, pembiayaan berdasarkan prinsip Syariah.

"Ia juga akan digunakan bagi membiayai semula mana-mana pinjaman/pembiayaan sedia ada syarikat atau mana-mana sukuk yang dikeluarkan oleh syarikat itu.

"Semua penggunaan hasil di bawah Program Sukuk Wakalah hendaklah patuh Syariah," katanya lagi.

-- BERNAMA

 

© 2025 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy  
https://bernama.com/bm/news.php?id=2503483