Daripada Muhammad Afiff Md Adnan
BANGKOK, 17 Dis (Bernama) -- Hasrat skuad Mobile Legends Bang Bang (MLBB) negara menyumbang pingat emas di Sukan SEA 2025 tidak kesampaian selepas tewas pada aksi final acara berpasukan lelaki kepada wakil Filipina yang juga juara bertahan hari ini.
Dalam aksi yang berlangsung di Sala Phra Kieo, Universiti Chulalongkorn, skuad negara gagal meraih sebarang mata apabila tewas 0-4 dalam pertarungan Best of Seven itu.
Skuad kebangsaan dibarisi Idreen Abdul Jamal (Explaner), Muhammad Haqqullah (Jungler), Hazziq Danish (Midlaner), Muhammad Qayyum (Roamer) dan Ealtond Rayner (Goldlaner).
Keputusan itu sekali gus mengulangi pencapaian Malaysia memperoleh pingat perak pada edisi 2023 di Kemboja.
Skuad wanita negara bagaimanapun akan meneruskan perjuangan merebut emas, berdepan Filipina pada petang ini.
-- BERNAMA