KUALA LUMPUR, 19 Jan (Bernama) -- Petroliam Nasional Bhd (Petronas) hari ini mengumumkan pelantikan Mohd Jukris Abdul Wahab sebagai ketua pegawai operasi (COO) berkuatkuasa pada 1 Feb, 2026.
Menerusi kenyataan ringkasnya, syarikat minyak dan gas negara serta global itu menyatakan pelantikan berkenaan adalah sejajar dengan usaha untuk merealisasikan aspirasi transformasi dalam senario tenaga dunia yang dinamik.
“Pelantikan Mohd Jukris sebagai COO juga adalah seiringan dengan peranannya sebagai naib presiden eksekutif serta ketua pegawai eksekutif huluan di Petronas,” katanya.
-- BERNAMA