PASARAN

Niaga Hadapan KLCI Ditutup Rendah Kebanyakannya

19/01/2026 06:58 PM

KUALA LUMPUR, 19 Jan (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah kebanyakannya, sejajar dengan prestasi di pasaran tunai.

Pada akhir dagangan, Januari 2026 tidak berubah pada 1,710.0 manakala Februari 2025 susut 1.5 mata kepada 1,713.5, Mac 2026 turun 2.0 mata kepada 1,695.0 dan Jun 2026 menguncup 0.5 mata kepada 1,700.0.

Jumlah dagangan berkurangan kepada 5,044 lot daripada 6,276 lot pada Jumaat lepas manakala kepentingan terbuka turun kepada 39,558 kontrak daripada 41,095 kontrak.

Pada 5 petang, FBM KLCI susut 0.41 mata kepada 1,712.33 daripada 1,712.74 pada Jumaat lepas.

-- BERNAMA

 

© 2026 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy  
https://bernama.com/bm/news.php?id=2514254