Pusat Reintegrasi Penghuni (PRP) Kluang, baru-baru ini.
Pusat tersebut menyediakan program yang bukan sahaja menjadi platform pemulihan berterusan, malah membuka ruang kepada Orang Dalam Seliaan (ODS) untuk membina keyakinan diri, mempelajari kemahiran baharu serta menyesuaikan diri dengan suasana pekerjaan sebenar.
--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA
Temu bual bersama Orang Diselia (ODS) yang dikenali sebagai Faiz, 24, di Pusat Reintegrasi Penghuni (PRP) Kluang baru-baru ini.
Faiz berjaya menghafaz 12 juzuk al-Quran dalam tempoh enam bulan, sekali gus mengubah kehidupannya daripada tidak tahu mengaji kepada usaha bergelar hafiz.
Lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai Faiz, 24, berkata perubahan itu berlaku selepas dia ditempatkan di PRP Kluang, setelah sebelum itu menjalani hukuman di Penjara Kluang sejak 2024.
--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA
Temu bual bersama Orang Diselia (ODS) yang dikenali sebagai Ari, 30, (kanan) di Pusat Reintegrasi Penghuni (PRP) Kluang, baru-baru ini.
Melalui Program Reintegrasi Penghuni Industri (PRPI), Ari kini bekerja di sebuah kilang tanah liat di Ayer Hitam, Batu Pahat.
Sepanjang tempoh tersebut, beliau memperoleh pelbagai pengalaman baharu, dan selepas tiga bulan bekerja, Ari mampu menghasilkan pelbagai produk berasaskan tanah liat seperti pasu, tembikar, barangan perhiasan serta paip tanah liat.
--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA
Temubual bersama Pegawai Pentadbir PRP Kluang, Penolong Penguasa Penjara Syarifuddin Kasimin di Pusat Reintegrasi Penghuni (PRP) Kluang, baru-baru ini.
--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA