EKONOMI

EPF Ambil Keputusan Berkecuali Daripada Undian Tawaran Ambil Alih Sunway Ke Atas IJM Corp

27/03/2026 08:41 PM

KUALA LUMPUR, 27 Mac (Bernama) – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), iaitu pemegang saham utama dalam IJM Corporation Bhd (IJM Corp) mengambil pendirian berkecuali daripada mengundi berhubung tawaran pengambilalihan IJM Corp oleh Sunway Bhd.

Mengikut maklumat yang dikongsi di laman webnya, bahagian Keputusan Undian KWSP pada Mesyuarat Pemegang Saham menyatakan bahawa keputusan undian bagi cadangan tawaran pengambilalihan sukarela bersyarat untuk IJM Corp telah direkodkan sebagai ‘berkecuali’.

Menurut rasional yang diberikan, KWSP berkata: “Ia secara sukarela berkecuali daripada mengundi berkaitan pegangan sahamnya dalam Sunway Bhd dan IJM Corp”. 

Mesyuarat itu bertarikh 26 Mac 2026.

-- BERNAMA

 

 

© 2026 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy  
https://bernama.com/bm/news.php?id=2538291