DUNIA

Hegseth Arah Ketua Turus Tentera AS Letak Jawatan - Laporan

03/04/2026 03:33 PM

WASHINGTON, 3 April (Bernama-Xinhua) -- Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat (AS) Pete Hegseth mengarahkan Ketua Turus Tentera Darat Jeneral Randy George meletakkan jawatan dan bersara serta-merta, menurut beberapa media pada Khamis, lapor Xinhua.

Sebagai jeneral paling kanan Tentera AS, George dipecat ketika konflik AS-Israel terhadap Iran memuncak, tanpa penjelasan berhubung keputusan itu.

Hegseth mahu seseorang yang memegang peranan itu melaksanakan visi Presiden Donald Trump dan dirinya sendiri untuk tentera, menurut laporan dari CBS News.

"Kami berterima kasih atas perkhidmatannya, tetapi sudah tiba masanya untuk perubahan kepimpinan dalam Tentera Darat," seorang pegawai kanan Pentagon dipetik berkata.

Ketua Turus Tentera Darat biasanya berkhidmat selama empat tahun. George telah dicalonkan untuk jawatan itu oleh bekas Presiden Joe Biden dan disahkan oleh Senat pada 2023, bermakna beliau sepatutnya memegang jawatan hingga 2027.

Naib Ketua Turus Tentera Jeneral Christopher LaNeve, yang sebelum ini ialah pembantu tentera Hegseth, akan berkhidmat sebagai pemangku Ketua Turus Tentera, lapor CBS News.

-- BERNAMA-XINHUA 

© 2026 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy  
https://bernama.com/bm/news.php?id=2540561