PASARAN

Niaga Hadapan KLCI Ditutup Rendah

07/04/2026 07:04 PM

KUALA LUMPUR, 7 April (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini sejajar dengan kadar asas pasaran tunai.

Pada penutup dagangan, April 2026 berkurangan 11.0 mata kepada 1,676, Mei 2026 merosot 11.5 mata kepada 1,677.5, Jun 2026 menurun 10.5 mata kepada 1,676.5 dan September 2026 menyusut 13.5 mata kepada 1,655.5.    

Jumlah dagangan naik kepada 6,058 lot daripada 5,079 lot pada Isnin manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 38,998 kontrak daripada 37,116 kontrak semalam.  

Pada 5 petang, FBM KLCI menurun 3.97 mata kepada 1,676.86 daripada 1,680.83 semasa ditutup pada Isnin.

-- BERNAMA


 

© 2026 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy  
https://bernama.com/bm/news.php?id=2542166