PASARAN

Niaga Hadapan KLCI Rendah Dalam Dagangan Awal

09/04/2026 10:18 AM

KUALA LUMPUR, 9 April (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dibuka rendah pada Khamis. 

Pada 9.36 pagi, kontrak April 2026 dan Jun 2026, masing-masing merosot 13.5 mata kepada 1,683.0 dan 1,682.0, Mei 2026 berkurangan 12.5 mata kepada 1,684.5 dan September 2026 menurun 13.0 mata kepada 1,662.0. 

Jumlah dagangan sebanyak 2,048 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 35,665 kontrak.

Selepas 36 minit dagangan, FBM KLCI merosot 9.92 mata kepada 1,686.39 daripada 1,696.31 pada Rabu. 

-- BERNAMA

© 2026 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy  
https://bernama.com/bm/news.php?id=2542710