DUNIA

Trump Jangka Lakar "Perjanjian Hebat" Dengan Iran, Tidak Mungkin Lanjut Gencatan Senjata

21/04/2026 11:12 PM

WASHINGTON, 21 April (Bernama-Xinhua) -- Presiden AS Donald Trump pada Selasa berkata beliau menjangkakan Amerika Syarikat (AS) dan Iran akan "berakhir dengan perjanjian yang hebat", sambil menambah bahawa beliau tidak menjangkakan untuk melanjutkan gencatan senjata yang dijadualkan tamat pada Rabu.

"Saya rasa mereka tidak mempunyai pilihan," kata Trump kepada CNBC dalam satu temu bual, lapor Xinhua.

"Secara jujurnya, tindakan kami menyingkirkan pemimpin mereka telah merumitkan keadaan dalam satu aspek, namun barisan kepimpinan yang ada sekarang jauh lebih rasional."

Ditanya sama ada beliau akan melanjutkan gencatan senjata untuk memberi masa untuk rundingan damai, Trump berkata, "Saya tidak mahu berbuat demikian."

-- BERNAMA-XINHUA

 

 

 

© 2026 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy  
https://bernama.com/bm/news.php?id=2547821