DUNIA

Hubungan AS-China Akan Jadi Lebih Baik Berbanding Sebelum Ini - Trump

14/05/2026 11:54 AM

WASHINGTON, 14 Mei (Bernama-Anadolu) -- Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Khamis menyuarakan keyakinan terhadap masa depan hubungan AS-China, dengan memberitahu rakan sejawatannya dari China, Xi Jinping bahawa hubungan kedua-dua negara dijangka menjadi “lebih baik berbanding sebelum ini”, lapor Anadolu Ajansi.

“Satu penghormatan untuk menjadi sahabat anda, dan hubungan antara China dengan AS akan menjadi lebih baik berbanding sebelum ini,” kata Trump dalam pertemuan dengan Xi di Beijing.

Kenyataan itu dibuat selepas Xi menganjurkan majlis sambutan rasmi untuk Trump di Dewan Besar Rakyat.

“Kita mempunyai hubungan yang sangat baik. Kita saling berhubung dengan baik. Apabila timbul kesulitan, kita menyelesaikannya,” kata Trump.

Lawatan itu merupakan lawatan rasmi pertama seorang Presiden AS yang sedang berkhidmat ke China sejak kunjungan Trump pada 2017 ketika penggal pentadbirannya sebelum ini.

-- BERNAMA-ANADOLU

© 2026 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy  
https://bernama.com/bm/news.php?id=2556766