EKONOMI

Dagangan Saham Ajinomoto Digantung Sehingga Pengumuman

19/06/2026 07:18 PM

KUALA LUMPUR, 19 Jun (Bernama) -- Dagangan dalam saham-saham Ajinomoto (Malaysia) Bhd (AMB) akan digantung mulai 9 pagi hingga 5 petang pada hari Isnin sementara menunggu pengumuman.

“Bursa Malaysia Securities Bhd telah meluluskan permintaan AMB untuk menggantung dagangan saham biasanya berkuat kuasa dari 9 pagi hingga 5 petang pada hari Isnin, 22 Jun 2026, sementara menunggu pengumuman penting.

“Permintaan untuk penggantungan itu dibuat di bawah subperenggan 3.1(b)(i) Nota Amalan 2 mengenai Permintaan Penggantungan Keperluan Penyenaraian Pasaran Utama Bursa Securities,” kata AMB melalui satu pengumuman di Bursa Malaysia hari ini. 

Pada penutup, kaunter itu turun 16 sen atau 1.04 peratus kepada RM15.20, dengan 37,000 saham diurus niaga.

-- BERNAMA

 

 

© 2026 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy  
https://bernama.com/bm/news.php?id=2570593