PASARAN

Niaga Hadapan KLCI Ditutup Rendah Sedikit

19/06/2026 07:15 PM

KUALA LUMPUR, 19 Jun (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah sedikit hari ini berbanding dengan pasaran tunai.

Kontrak Jun 2026 dan September 2026 menyusut dua mata masing-masing kepada 1,716.0 dan 1,697.0 manakala Julai 2026 dan Disember 2026 rendah tiga mata masing-masing kepada 1,717.0 dan 1,697.0.

Jumlah dagangan menyusut kepada 7,077 lot daripada 9,063 lot pada Khamis manakala kepentingan terbuka rendah kepada 37,764 kontrak daripada 37,416 kontrak sebelumnya.

Pada 5 petang, FBM KLCI meningkat sebanyak 0.64 mata atau 0.03 peratus untuk ditutup pada paras tertinggi harian 1,712.03 daripada 1,711.39 semasa ditutup pada Khamis.

-- BERNAMA

 

 

© 2026 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy  
https://bernama.com/bm/news.php?id=2570590