KUALA LUMPUR, 23 Jun (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dibuka tinggi pada Selasa, seiring dengan prestasi kadar asas pasaran tunai.
Pada 9.30 pagi, kontrak Jun 2026 dan Julai 2026 naik 2.5 mata masing-masing kepada 1,706 dan 1,708, September 2026 meningkat 1.5 mata kepada 1,687 dan Disember 2026 menambah satu mata kepada 1,687.
Jumlah dagangan sebanyak 1,573 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 34,1554 kontrak.
Pada 9.48 pagi, petunjuk pasaran merosot 5.97 mata kepada 1,694.87 daripada 1,700.84 ketika ditutup pada Isnin.
-- BERNAMA