DUNIA

Angka Korban Gempa Bumi Di Venezuela Meningkat Lebih 1,400 Orang

28/06/2026 11:41 AM

MEXICO CITY, 28 Jun (Bernama-dpa) -- Angka kematian akibat gempa bumi di Venezuela meningkat kepada 1,430 orang, manakala lebih 3,200 lagi cedera, menurut Ketua Perhimpunan Kebangsaan Venezuela Jorge Rodríguez pada Sabtu, lapor agensi berita Jerman dpa.

Sebanyak 430 gegaran susulan direkodkan selepas gempa bumi berukuran 7.2 dan 7.5 pada skala Richter yang melanda negara itu pada Rabu. 

Lebih 70,000 keluarga telah menerima bantuan daripada pihak berkuasa susulan bencana berkenaan.

Tiga hari selepas gempa bumi melanda, nasib puluhan ribu penduduk di Venezuela masih belum dapat dipastikan.

Gempa itu menyebabkan kemusnahan besar terutama di negeri La Guaira serta ibu negara, Caracas. 

Di beberapa kawasan, keseluruhan blok bangunan tinggi musnah.

Operasi mencari dan menyelamat di celah runtuhan bangunan masih diteruskan dalam keadaan mencabar, dengan penduduk tempatan dan sukarelawan berganding bahu membantu pasukan penyelamat profesional.

-- BERNAMA-dpa

© 2026 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy  
https://bernama.com/bm/news.php?id=2573982