AM

PM ANWAR RAFAK SEMBAH TAHNIAH ULANG TAHUN KEPUTERAAN SULTAN BRUNEI KE-78

15/07/2024 02:21 PM

KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merafak sembah tahniah kepada Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah yang menyambut Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-78 hari ini. 

"Mendoakan agar Kebawah Duli Tuanku kekal qarar memerintah Negara Brunei Darussalam," katanya menerusi hantaran dimuat naik di Facebook, yang turut disertakan dengan sekeping gambar bersama Sultan Brunei. 

Anwar, menerusi hantaran sama juga menzahirkan harapan supaya hubungan dan kerjasama antara Malaysia dan Brunei akan terus diperkukuh. 

Sultan Hassanal Bolkiah diputerakan pada 15 Julai 1946 di Bandar Brunei (sekarang Bandar Seri Begawan) dan ditabalkan sebagai Sultan Brunei ke-29 pada 1967. 

-- BERNAMA

 

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan