AM

ANWAR MEMPENGERUSIKAN MESYUARAT MENTERI BESAR DAN KETUA MENTERI KE-143

16/07/2024 09:56 PM

KUALA LUMPUR, 16 Julai (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mempengerusikan Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri ke-143 di Putrajaya.

Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata mesyuarat itu bagi membincangkan beberapa perkara melibatkan kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dan negeri, khususnya berkaitan pembangunan ekonomi dan kesejahteraan rakyat.

Mesyuarat itu turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof serta menteri-menteri Kabinet dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali.

Sementara itu, pada hantaran berasingan, Anwar berkata beliau turut menerima kunjungan hormat daripada Majlis Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam Kebangsaan (MAK) hari ini, diketuai Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz dan Presiden MAK Mohd Afendi Ya@Zakaria serta delegasi MAK.

“Antara intipati pertemuan ialah memastikan peranan AKRAB yang ditubuhkan sejak 2005 ini, terus memainkan tanggungjawab dalam menyampaikan misi dan hasrat kerajaan, khususnya kesedaran tentang Malaysia MADANI,” katanya.

-- BERNAMA

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan