DUNIA

TIADA TEMPAT SELAMAT DI GAZA, KATA KETUA PBB

16/07/2024 06:00 PM

KUALA LUMPUR, 16 Julai (Bernama) -- Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres menyifatkan situasi di Gaza sebagai amat berbahaya dengan menyatakan "tiada tempat yang selamat" di wilayah itu.

Beliau berkata tahap pertempuran dan kemusnahan yang melampau di Gaza tidak dapat difahami dan tidak boleh dimaafkan.

"Tiada tempat yang selamat. Di mana-mana adalah zon pembunuhan yang berpotensi," kata Guterres dalam catatannya di platform X.

Beliau berkata sudah tiba masanya bagi pihak-pihak yang terlibat untuk menunjukkan keberanian politik dan kemahuan politik untuk akhirnya mencapai kata sepakat.

-- BERNAMA

 

 


 

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan