DUNIA

NIAGA HADAPAN FBM KLCI DITUTUP TINGGI

17/07/2024 07:10 PM

KUALA LUMPUR, 17 Julai (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBMKLCI) di Bursa Malaysia ditutup tinggi hari ini, seiring dengan prestasi di pasaran tunai.

Kontrak bulan semerta Julai 2024 dan Disember 2024 melonjak 10.5 mata masing-masing kepada 1,640.0 dan 1,634.0. Ogos 2024 dan September 2024 menokok 11.5 sen masing-masing kepada 1,643.5 dan 1,627.5. 

Jumlah dagangan menyusut kepada 7,498 lot daripada 8,414 lot pada Selasa manakala kepentingan terbuka turun kepada 52,696 kontrak daripada 53,130 kontrak pada Isnin.

Pada 5 petang, FBMKLCI meningkat 7.58 mata atau 0.47 peratus kepada 1,633.54 daripada paras penutup 1,625.96 pada Selasa.

-- BERNAMA

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan