POLITIK

TUN M DIRAWAT DI IJN

18/07/2024 03:32 PM

KUALA LUMPUR, 18 Julai (Bernama) -- Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) di sini sejak Isnin lepas.

Menurut pembantunya, Dr Mahathir dimasukkan ke IJN kerana batuk dan akan menerima rawatan untuk beberapa hari. 

Bagaimanapun, beliau tidak memberikan butiran lanjut mengenai keadaan Dr Mahathir. 

Dr Mahathir menyambut hari lahirnya ke-99 pada 10 Julai.

-- BERNAMA

 

 


 

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan