AM

KILANG PROSES BARANG PELUPUSAN BAHAN KIMIA, KITAR SEMULA TERBAKAR

29/07/2024 02:30 PM

BUKIT MERTAJAM, 29 Julai (Bernama) -- Sebuah kilang memproses barangan pelupusan bahan kimia dan kitar semula dekat Bukit Minyak terbakar di sini hari ini. 

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Pulau Pinang memaklumkan kebakaran melibatkan kemusnahan 60 peratus struktur bangunan berkeluasan 30x 60 meter persegi.

Beliau berkata sebuah lori dan van yang berada di premis itu turut terbakar.

“Bomba menerima panggilan kecemasan pada 2.55 pagi dan menggerakkan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Perda dibantu BBP Perai, BBP Sungai Bakap dan BBP Kepala Batas ke lokasi kejadian bagi membantu memadam kebakaran.

“Kerja-kerja 'overhaul' telah dilakukan di lokasi bagi memastikan tiada bahaya lain. Tiada mangsa terlibat dan punca sebenar kebakaran serta jumlah kerugian masih dalam siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

-- BERNAMA

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan