AM

MENTERI LUAR TANDATANGAN NOTA TAKZIAH ATAS PEMERGIAN BEKAS NAIB PRESIDEN INDONESIA HAMZAH HAZ

01/08/2024 02:41 AM

KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) -- Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan berkunjung ke Kedutaan Indonesia di Kuala Lumpur untuk menandatangani nota takziah atas pemergian Dr Hamzah Haz, Naib Presiden Indonesia Kesembilan. 

Melalui hantaran di Facebook beliau pada Rabu, Mohamad berkata Allahyarham merupakan tokoh terbilang dan juga sahabat Malaysia yang telah meninggalkan legasi kepimpinan dan komitmen teguh terhadap pengukuhan hubungan serumpun Malaysia-Indonesia.

“Semoga Allah SWT merahmati rohnya dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan beramal soleh, Al-Fatihah… ” katanya melalui hantaran di Facebook. 

Hamzah merupakan Naib Presiden Indonesia dari tahun 2001 hingga 2004, dan berkhidmat di bawah Presiden Indonesia yang kelima, Megawati Soekarnoputri. 

Beliau meninggal dunia di sebuah hospital di Jakarta pada 24 Julai, ketika berusia 84 tahun.

-- BERNAMA 

 

 

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan