DUNIA

MAJLIS KESELAMATAN PBB ADAKAN MESYUARAT TERGEMPAR MENGENAI PEMBUNUHAN PEMIMPIN HAMAS DI TEHRAN

01/08/2024 02:45 AM

HAMILTON (Kanada), 31 Julai (Bernama-Anadolu) -- Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan mengadakan mesyuarat tergempar pada Rabu mengenai pembunuhan Ketua Biro Politik Hamas Ismail Haniyeh di ibu negara Iran, Tehran.

Menurut Agensi Anadolu, Rusia, yang kini memegang jawatan Presiden Majlis Keselamatan berkata mesyuarat itu akan berlangsung pada pukul 4 petang waktu tempatan.

Sesi tergempar itu diminta oleh Iran dan disokong oleh Rusia, Algeria, dan China.

-- BERNAMA-ANADOLU

 

 

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan