AM

KERJA BAIK PULIH KEROSAKAN TEKNIKAL PADA LANDASAN BERHAMPIRAN STESEN PWTC SELESAI

04/08/2024 07:21 PM

KUALA LUMPUR, 4 Ogos (Bernama) -- Kerja baik pulih kerosakan teknikal pada landasan berhampiran Stesen PWTC telah selesai dijalankan.

Rapid Rail dalam kenyataan menerusi Facebook memaklumkan jadual perjalanan telah diselaraskan dan perkhidmatan tren beroperasi normal.

“Perkhidmatan tren alternatif dan bas perantara ditamatkan. Kami memohon maaf atas kesulitan. Terima kasih atas kesabaran anda,” menurut kenyataan itu.

Terdahulu, Rapid Rail memaklumkan perkhidmatan LRT Laluan Ampang-Sri Petaling mengalami kelewatan disebabkan kerosakan teknikal yang dilaporkan berlaku pada 9.58 pagi tadi.

Siasatan mendapati kerosakan berpunca daripada kebakaran kecil pada satu daripada komponen di landasan itu.

-- BERNAMA

 

 

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan