DUNIA

PESAWAT PENUMPANG TERHEMPAS DI BRAZIL, 61 TERBUNUH

10/08/2024 08:56 AM

SAO PAULO, 9 Ogos (Bernama-Xinhua) -- Seramai 61 penumpang dan anak kapal maut selepas sebuah pesawat penumpang terhempas di Sao Paulo, Brazil pada Jumaat, lapor Xinhua.

Syarikat penerbangan Voepass dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa pesawat yang terhempas di kejiranan Capela de Vinhedo itu membawa 57 penumpang dan empat kru.

Pesawat itu dilaporkan dalam perjalanan dari bandar Cascavel, Parana menuju Lapangan Terbang Antarabangsa Guarulhos di Sao Paulo.

Sementara itu, Presiden Brazil Luiz Inacio Lula da Silva menyatakan "solidariti kepada keluarga dan rakan-rakan mangsa yang terkorban" di platform sosial X.

--BERNAMA-XINHUA

 

 


 

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan