DUNIA

KDNK JEPUN MENINGKAT 3.1 PERATUS TAHUN KE TAHUN PADA SUKU KEDUA

15/08/2024 04:49 PM

MOSCOW, 15 Ogos (Bernama-Sputnik) -- Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Jepun mencatatkan pertumbuhan 3.1 peratus tahun ke tahun pada suku tahun kedua tahun ini, menurut data awal yang dikeluarkan kerajaan Jepun, lapor Sputnik.

Prestasi ini mengatasi jangkaan penganalisis di portal DailyFx, yang meramalkan pertumbuhan sebanyak 2.1 peratus.

Pada suku pertama, KDNK Jepun menyaksikan penurunan 2.3 peratus, manakala meningkat sebanyak 0.3 peratus pada suku keempat 2023.

Berbanding suku sebelumnya,  pertumbuhan suku kedua dianggarkan pada 0.8 peratus, berbanding penurunan 0.6 peratus pada suku pertama.

Pakar ekonomi menjangkakan pertumbuhan yang lebih sederhana iaitu 0.5 peratus.

Pelaburan kerajaan meningkat sebanyak 4.5 peratus asas suku tahunan, manakala pelaburan swasta berkembang sebanyak 0.9 peratus.

Eksport meningkat sebanyak 1.4 peratus, sementara import meningkat sebanyak 1.7 peratus.

-- BERNAMA-SPUTNIK

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan