DUNIA

SRI LANKA TAWAR KEMASUKAN TANPA VISA UNTUK WARGANEGARA 35 NEGARA MULAI 1 OKTOBER

22/08/2024 01:32 PM

MOSCOW, 22 Ogos (Bernama-Sputnik) -- Sri Lanka akan menawarkan kemasukan tanpa visa kepada pelancong dari 35 negara, termasuk India, China dan Rusia, bermula 1 Okt 2024, lapor Sputnik memetik akhbar Sri Lanka, Daily Mirror yang merujuk kenyataan Menteri Pelancongan Harin Fernando.

Senarai itu turut merangkumi Kazakhstan, Belarus, Nepal, kebanyakan negara Kesatuan Eropah, Amerika Syarikat, United Kingdom, Kanada, Australia, New Zealand, Iran, beberapa negara Timur Tengah termasuk UAE, negara-negara Asia Tenggara, Jepun, Korea Selatan dan beberapa negara lain.

Pada Oktober 2023, Fernando berkata bahawa Sri Lanka berhasrat menawarkan kemasukan tanpa visa bagi pelancong dari China, Rusia, India, Thailand dan Indonesia.

Beliau berkata, keputusan ini bertujuan untuk menarik lebih ramai pelancong dari negara-negara terbabit dan mencapai sasaran 5 juta pelancong setiap tahun untuk tempoh beberapa tahun akan datang.

-- BERNAMA-SPUTNIK

 

 


 

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan