DUNIA

NIAGA HADAPAN FBM KLCI DITUTUP RENDAH

03/09/2024 07:06 PM

KUALA LUMPUR, 3 Sept (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini sejajar dengan prestasi di pasaran tunai. 

Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta September 2024 susut 3.0 mata kepada 1,660.0, Oktober 2024 dan Disember 2024 merosot 2.0 mata masing-masing kepada 1,664.0 dan 1,667.5 dan Mac 2025 berkurang sebanyak 3.5 mata kepada 1,653.5.

Jumlah dagangan ditutup tinggi kepada 6,929 lot daripada 6,676 sewaktu ditutup pada Isnin manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 47,884 kontrak daripada 47,528 kontrak sebelumnya.

Pada 5 petang, FBM KLCI merosot 1.54 mata kepada 1,676.65, daripada paras penutup 1,678.19 pada Isnin.

-- BERNAMA

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan