AM

MALAYSIA, RUSIA MAHU SERANGAN GANAS ISRAEL KE ATAS GAZA DIHENTIKAN SEGERA - PM ANWAR

05/09/2024 12:24 PM

VLADIVOSTOK (Rusia), 5 Sept (Bernama) -- Malaysia dan Rusia sepakat menuntut supaya Israel menghentikan serangan ganas dan zalim ke atas Gaza dengan segera.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata demikian dalam sidang media di hari terakhir lawatan kerja beliau ke Rusia, di Vladivostok, hari ini.

Pada masa sama Anwar berkata Malaysia menghormati langkah-langkah yang dilakukan Mesir untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan, makanan dan perubatan di Gaza.

Anwar yang kini dalam lawatan kerja dua hari ke Rusia mengadakan pertemuan dua hala dengan Presiden Rusia Vladimir Putin, di Vladivostok, semalam.

-- BERNAMA

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan