DUNIA

PENGANJUR GEMBIRA JUAL 95 PERATUS TIKET SUKAN OLIMPIK PARIS

14/09/2024 01:04 AM

PARIS, 13 Sept (Bernama-Kyodo) -- Sukan Olimpik Paris menyaksikan satu rekod jualan sebanyak 9.56 juta tiket dan Sukan Paralimpik Paris mencapai jualan tiket kedua tertinggi sebanyak 2.58 juta lapor Agensi Berita Kyodo, memetik jawatankuasa penganjur tempatan pada Jumaat. 

Kedua-dua set nombor akhir mewakili kira-kira 95 peratus tiket yang dijual. Temasya Sukan itu berjaya dalam semua aspek, kata Ketua Jawatankuasa itu Tony Estanguet dalam satu  sidang akhbar di Saint-Denis, di luar Paris.

Upacara pembukaan pertama di luar stadium dalam sejarah Sukan Olimpik Musim Panas berjalan tanpa masalah besar selepas sejumlah besar pegawai polis dan tentera ditempatkan di jalanan.

Estanguet juga menegaskan bahawa acara triatlon telah diatur dengan baik walaupun jadual berubah disebabkan oleh kualiti air Sungai Seine yang menurun.

-- BERNAMA-KYODO

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan