DUNIA

NIAGA HADAPAN FBM KLCI TINGGI DALAM DAGANGAN AWAL

17/09/2024 10:58 AM

KUALA LUMPUR, 17 Sept (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives meningkat dalam dagangan awal hari ini, menjejaki kenaikan dalam kadar asas pasaran tunai.

Sehingga 9.25 pagi, kontrak September 2024 meningkat 9.5 mata kepada 1,657.0, Oktober 2024 naik 10.5 mata kepada 1,660.5, Disember 2024 menambah 11.0 mata kepada 1,665.0 dan Mac 2025 naik 9.0 mata kepada 1,650.0.

Jumlah dagangan sebanyak 999 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 45,392 kontrak.

FBM KLCI meningkat 1.42 mata kepada 1,653.57 selepas 25 minit dagangan.

-- BERNAMA

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan