AM

ASA 2024 TERIMA 1,860 PENCALONAN

27/09/2024 10:18 AM

PUTRAJAYA, 27 Sept (Bernama) -- Anugerah Seri Angkasa (ASA) 2024 menerima 1,860 pencalonan bagi tiga kategori, peningkatan 17 peratus daripada edisi 2022, iaitu 1,585 pencalonan.

Jawatankuasa Promosi dan Publisiti Anugerah Seri Angkasa 2024 dalam kenyataan hari ini memaklumkan daripada jumlah itu, sebanyak 1,287 pencalonan untuk kategori televisyen, 515 kategori radio dan 58 kategori media baharu.

Ketiga-tiga kategori itu mempertandingkan sebanyak 60 anugerah dan senarai lima teratas bagi setiap kategori anugerah juga telah disenarai pendek hasil penilaian juri profesional yang dilantik.

ASA, anjuran Kementerian Komunikasi merupakan medium pengiktirafan kepada penggiat industri kreatif penyiaran, mempromosikan karya-karya kreatif kepada orang ramai dan memperkukuh komuniti kreatif negara sekali gus melonjakkan potensi ekonomi jingga atau ekonomi kreatif.

Maklumat lanjut mengenai senarai lima teratas ASA 2024 boleh didapati menerusi laman sesawang www.anugerahseriangkasa.gov.my.

-- BERNAMA

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan