DUNIA

ABDULLA KHALEEL TUKAR PORTFOLIO, KINI DILANTIK SEBAGAI MENTERI LUAR MALDIVES

01/10/2024 02:32 AM

Oleh Shakir Husain

NEW DELHI, 30 Sept (Bernama) -- Presiden Maldives Mohamed Muizzu melantik Abdulla Khaleel sebagai menteri luar yang baharu dalam rombakan Kabinetnya.

Abdulla Khaleel sebelum ini memegang portfolio kesihatan, kini diambil alih oleh Abdulla Nazim Ibrahim, menurut kenyataan yang dikeluarkan pejabat presiden.

Bekas Menteri Luar, Moosa Zameer pula dilantik sebagai Menteri Kewangan yang baharu, menggantikan Mohamed Shafeeq yang meletak jawatan pada Isnin.

-- BERNAMA

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan