DUNIA

KONTRAK NIAGA HADAPAN FBM KLCI RENDAH SEMASA AWAL DAGANGAN

02/10/2024 10:20 AM

KUALA LUMPUR, 2 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dibuka rendah pada Rabu.

Pada pukul 9.30 pagi, kontrak Oktober 2024 turun 9.5 mata kepada 1,647.5, manakala kontrak November 2024 dan Mac 2025 masing-masing susut 9.0 mata kepada 1,651.5 dan 1,642.0. Disember 2024 merosot 10.5 mata kepada 1,654.0.

Jumlah dagangan 1,359 lot manakala kepentingan terbuka sebanyak 41,986 kontrak.

FBM KLCI susut 13.75 mata kepada 1,642.64 selepas 30 minit dagangan.

-- BERNAMA

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan