AM

PM TEGASKAN RASIONALISASI SUBSIDI TIDAK DILAKSANAKAN UNTUK MENYUSAHKAN RAKYAT

07/10/2024 12:48 PM

KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) -- Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa penyesuaian tarif elektrik dan rasionalisasi subsidi diesel tidak dilaksanakan untuk menyebabkan kesakitan atau penderitaan kepada rakyat.

Perdana Menteri sebaliknya berkata berbilion Ringgit yang dijimatkan daripada tindakan ini kini sedang disalurkan semula kepada rakyat melalui subsidi lain dan pemindahan tunai.

"Itulah yang telah kami lakukan dan akan terus lakukan, sambil kami melangkah dengan berani dalam perjalanan melakukan reformasi struktural," katanya dalam ucapan sebelum pelancaran Forum Megatrend Khazanah 2024, di sini hari ini.

Turut hadir ialah Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.

Anwar berkata kerajaan komited terhadap tadbir urus, akauntabiliti, dan keadilan sosial, yang memastikan bahawa manfaat pertumbuhan diagihkan secara adil dan saksama, serta memberikan setiap rakyat Malaysia peluang untuk berjaya.

-- BERNAMA

 

 

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan