AM

YAPEIM UMUM PELANTIKAN 10 AHLI LEMBAGA PEMEGANG AMANAH BAHARU

09/10/2024 09:36 PM

KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM) hari ini mengumumkan pelantikan 10 Ahli Lembaga Pemegang Amanah (LPA) YAPEIM bagi sesi 2024/26 yang berkuat kuasa pada 7 Okt lepas.

YAPEIM menerusi kenyataan memaklumkan majlis penyerahan watikah pelantikan itu disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar di Ibu Pejabat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) di sini.

Kenyataan itu menyebut lapan daripada mereka adalah lantikan semula termasuk Pengerusi LPA YAPEIM Datuk Mohd Radzif Mohd Yunus.

Ahli LPA lain ialah Kolonel Datuk Mohd Ajib Ismail, Datuk Kamel Mohamad, Profesor Datuk Dr Saadiah Mohamad, Dr ‘Aida Othman, Dr Zaiyadi Awang Noh, Shatiri Mansor, Abdul Khudus Mohd Naaim, Rohani Mohd Shahir dan Khairul Faiz Morat @ Abd Morat.

“Semoga pelantikan Ahli LPA YAPEIM bagi sesi 2024/26 ini dapat memberi sumbangan dalam meletakkan yayasan ini di peringkat yang lebih tinggi,” katanya.

Dalam pada itu, Mohd Na’im ketika berucap pada majlis berkenaan berharap barisan LPA yang dilantik dapat memberi nasihat, panduan serta cadangan bernas dalam memajukan YAPEIM pada masa depan.

-- BERNAMA

 

 

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan