AM

AMARAN RIBUT PETIR DI ENAM NEGERI PETANG INI

13/10/2024 04:53 PM

KUALA LUMPUR, 13 Okt (Bernama) -- Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir di enam negeri sehingga 6 petang ini. 

Menerusi kenyataan dimuat naik di media sosial jabatan itu, Sarawak dijangka paling terjejas dengan cuaca tersebut, antaranya di Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Sarikei, Sibu, Mukah, Bintulu dan Miri

Negeri lain ialah Kedah melibatkan daerah Sik, Baling dan Kulim selain Hulu Perak (Perak); Machang, Kuala Krai dan Gua Musang (Kelantan); Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman (Terengganu) serta Jerantut dan Kuantan (Pahang). 

MetMalaysia memaklumkan amaran itu dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter (mm) per jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam. 

-- BERNAMA 

 

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan