AM

GALAKAN PENGGUNAAN 5G DITERUSKAN MENJELANG KEPENGERUSIAN ASEAN-MALAYSIA 2025

18/10/2024 07:08 PM

KUALA LUMPUR, 18 Okt (Bernama) -- Kerajaan akan terus menggalakkan penggunaan 5G terutamanya dalam memacu isu penggunaan 5G oleh industri menjelang kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. 

“Melangkah ke hadapan, kerajaan akan mengumumkan rangkaian kedua 5G sebagai usaha meningkatkan daya saing bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT),” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2025 di Dewan Rakyat hari ini.

Menurut beliau, Digital Nasional Bhd (DNB) diambil alih oleh entiti swasta susulan liputan 5G yang melepasi 80 peratus kawasan berpenduduk di Malaysia. 

Selain itu, Anwar berkata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) juga dengan dana RM120 juta bersetuju untuk menambah baik capaian internet di universiti awam, sekolah, kem-kem tentera dan institusi Majlis Amanah Rakyat. 

-- BERNAMA  

 

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan