AM

RANGKAIAN KEDUA 5G BAGI TINGKAT DAYA SAING BIDANG TEKNOLOGI MAKLUMAT - PM ANWAR

18/10/2024 07:27 PM

KUALA LUMPUR, 18 Okt (Bernama) -- Kerajaan akan mengumumkan rangkaian kedua 5G sebagai usaha meningkatkan daya saing bidang teknologi maklumat, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim

Beliau yang juga Menteri Kewangan pada pembentang Belanjawan 2025 hari ini berkata kerajaan akan terus menggalakkan penggunaan 5G terutamanya dalam memacu kes-kes penggunaan 5G oleh industri menjelang Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025.

“Digital Nasional Berhad (DNB) telah diambil alih oleh entiti swasta susulan liputan 5G yang melepasi 80 peratus kawasan berpenduduk di Malaysia,” katanya.

Sementara itu beliau berkata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) juga dengan dana RM120 juta bersetuju untuk menambah baik capaian internet di universiti awam, sekolah, kem-kem tentera dan institusi Majlis Amanah Rakyat (MARA).

-- BERNAMA 

 

 

 


 

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan