AM

CAAM DIPERTIMBANG SEBAGAI BADAN BERKANUN DIASINGKAN SARAAN - PM ANWAR

19/10/2024 01:43 AM

KUALA LUMPUR, 18 Okt (Bernama) -- Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) akan dipertimbangkan sebagai badan berkanun dan diasingkan saraan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. 

Anwar berkata keberkesanan operasi CAAM dan Suruhanjaya Penerbagan Malaysia (MAVCOM) dapat dipertingkatkan supaya mampu beroperasi tanpa pembiayaan kerajaan, terutamanya dengan penggabungan kedua-dua entiti tersebut. 

“Entiti kerajaan dengan peranan hampir sama telah dipusatkan bagi memastikan mandat penubuhan ditunaikan dengan lebih efektif,” kata beliau semasa membentangkan Belanjawan 2025, di Dewan Rakyat, hari ini. 

Penggabungan ini termasuk Perbadanan Pembangunan Halal (HDC) dan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE); Perbadanan InvestKL dan Lembaga Pembangunan Industri Malaysia (MIDA); serta Razak School of Government (RSOG) dan Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN).

-- BERNAMA

 

 

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan