AM

MAJLIS RAJA-RAJA KE-267 BERMULA ESOK

22/10/2024 04:57 PM

KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) -- Majlis Raja-Raja ke-267 akan berlangsung selama dua hari bermula esok dan dipengerusikan Sultan Perak Sultan Nazrin Shah.

Menurut hantaran di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan berangkat ke pra-Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-267 di Istana Negara, di sini hari ini.

Mengiringi Seri Paduka Baginda, Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail. 

-- BERNAMA

 

 


 

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan