AM

MANGSA BANJIR DI PERAK TERUS MENURUN PETANG INI

24/10/2024 08:57 PM

IPOH, 24 Okt (Bernama) -- Keadaan banjir di Perak petang ini bertambah baik apabila hanya 48 mangsa daripada 12 keluarga berbanding 137 orang daripada 36 keluarga ditempatkan di tiga pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah Hilir Perak dan Perak Tengah.

Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Perak di daerah Hilir Perak, hanya tiga orang daripada dua keluarga berlindung di PPS Dewan MPTI Langkap manakala 23 orang daripada lima keluarga  masih berlindung di Dewan Serbaguna Chikus sejak seminggu lalu berikutan kediaman mereka terjejas akibat banjir.

"Di daerah Perak Tengah, seramai 22 mangsa daripada lima keluarga masih ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan Dato' Sagor," menurut kenyataan itu.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan hujan di daerah Larut, Matang dan Selama, Kinta, Kuala Kangsar, Hulu Perak dan Batang Padang, petang ini.

-- BERNAMA

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan